Hi, how can we help?

Returns & Refunds

Raising requests
Resolution
Disputes

[Pulangan Bayaran Balik] Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pulangan/bayaran balik?

Bahasa Malaysia | English

 

Jika anda perlu membuat permohonan pulangan/bayaran balik, anda boleh melakukannya terus di aplikasi Shopee. 
 
Berikut ialah cara untuk membuat Permohonan Pulangan/Bayaran Balik: 
 
Jika pesanan anda masih dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran pesanan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya melalui aplikasi Shopee dan cari pesanan anda di tab Untuk Diterima
Langkah 2: Pilih pesanan anda
Langkah 3: Klik butang Pulangan/Bayaran Balik
Langkah 4: Pilih di antara Saya telah menerima semua barang tetapi terdapat masalah dan Saya tidak menerima barang saya 
Langkah 5: Pilih alasan Pulangan/Bayaran Balik anda.

 

  • Jika anda memilih 'Saya telah menerima semua barang tetapi terdapat masalah', anda boleh pilih kod sebab 1 - 7; 
  • Jika anda memilih 'Saya tidak menerima item saya', anda boleh memilih antara kod sebab 1, 8 atau 9.

 

#

Kod Sebab

Contoh

1

Bahagian pesanan hilang

Bahagian produk hilang, produk tidak lengkap, kuantiti/aksesori tidak lengkap

2

Penjual menghantar barang yang salah (cth: saiz atau model yang salah) 

Salah saiz/warna, produk berbeza

3

Item Rosak

i) Pembungkusan luar rosak

ii) Calar/kemek

iii) Produk hancur

iv) Cecair/isi tertumpah

v) Lain-lain

4

Produk rosak atau tidak berfungsi 

Produk tidak berfungsi seperti yang sepatutnya

5

Produk palsu

Item Palsu (Item tidak mempunyai sijil ketulenan/logo hilang)

6

Produk tamat tempoh

Item tidak boleh dimakan/digunakan kerana telah tamat tempoh

7

Ubah Fikiran

Item tidak sesuai atau tidak mahu item itu lagi. Sila rujuk kepada Terma & Syarat

8

Bungkusan kosong 

Menerima kotak kosong atau kotak dengan item yang tidak berkaitan

9

Bungkusan tidak dihantar

Status bungkusan dihantar/dalam transit tetapi tidak menerima item

 

Untuk kod sebab bahagian pesanan hilang, anda boleh pilih sebab Pulangan/Bayaran Balik dan pilih penyelesaian anda berdasarkan keadaan barang yang anda terima:

 

  • [Bayaran Balik Sahaja] Mohon bayaran balik untuk kuantiti yang anda tidak terima.
  • [Pulangan dan Bayaran Balik] Pulangkan semua item kerana item yang diterima tidak boleh digunakan tanpa set lengkap.
 

Langkah 6: Klik butang Sah 
Langkah 7: Terangkan permohonan anda dan sertakan bukti gambar untuk menyokong sebab untuk pulangan/bayaran balik (anda boleh sertakan 1-3 gambar). Berikut beberapa contoh
Langkah 8: Tekan butang Hantar

 

Berikut adalah tutorial tentang bagaimana untuk memohon Pulangan/ Bayaran Balik:

 

RR0020-Item-1 (1).gif

 

Pilih kuantiti item untuk Pulangan/Bayaran Balik

 

 

Anda boleh pilih kuantiti item anda untuk pulangan/bayaran balik. Anda boleh pilih semua item ataupun kuantiti separa yang anda ingin Pulangkan atau dapatkan Bayaran Balik. Hal ini boleh ditawarkan untuk pesanan biasa, tawaran kumpulan, pembelian hadiah dan tawaran tambahan.

 

 

Berikut adalah cara untuk menyusul kes anda:

 

Untitled design (8) (1).png

 

Selepas anda berjaya meminta Pulangan/Bayaran Balik, ia akan mengambil tempoh masa 2 hari bekerja bagi pasukan Shopee untuk membuat keputusan tentang permohonan anda. Anda boleh menyemak maklumat tentang kes anda melalui butang Bincang.

 

Butang Bincang juga membolehkan anda untuk mengemas kini dokumen sokongan tambahan (gambar) untuk membantu kes anda dengan lebih lanjut.

 

Anda dinasihati untuk memerhatikan kes tersebut untuk bertindak balas tepat pada masanya sekiranya Ejen Shopee memerlukan bukti tambahan daripada pihak anda. Sila merujuk artikel kami Apakah bukti sokongan efektif yang perlu dihantar untuk permintaan pulangan/bayaran balik (return/refund)?.

 

⚠️ Nota:

 

  • Anda boleh lihat butang 'Pulangan dan Bayaran Balik' atau 'Bayaran Balik Sahaja' bergantung pada sebab anda pilih.
  • Untuk pesanan yang tidak diterima, bukti tidak diperlukan.
  • Proses untuk pesanan yang tidak diterima adalah serupa tetapi dengan sebab yang berbeza. Perbezaannya adalah ia memerlukan bukti yang berlaianan (Jenis bukti sokongan yang efektif).
  • 'Bayaran Balik Sahaja' akan dipaparkan untuk kes-kes tertentu seperti item tidak diterima atau tidak lengkap/hilang.
  • Dalam tempoh masa 5 hari bekerja, Shopee akan memproses permintaan anda dan memaklumkan anda melalui aplikasi dan e-mel.
  • Untuk 'Bayaran Balik Sahaja,' Shopee akan menyemak dan menyelesaikan kes tersebut.
  • Kes 'Pulangan dan Bayaran Balik' biasanya akan melibatkan pulangan produk untuk bayaran balik.
Was this article helpful?
Yes
No